Wednesday, March 4, 2009

kadang kadang...

kadang2 tak semua benda yang kita inginkan akan jadi milik kita..

kadang2 tak semua milik kita akan jadi milik kita buat selamanya..

kadang2 tak semua yang bakal menjadi milik kita akan terus menjadi milik kita..

 

sesungguhnya Allah yang MAHA Mengetahui..kita sebagai hambaNYA kenalah redha dan terima ketentuan NYA..walau seberat mana dugaan yang kita terima & hadapi..pasti ada hikmah disebalik semuanya itu..Jika Allah memberi dugaan pada kita, semestinya ALLAH tahu yg kita akan dapat pikul dan terima  dugaan tu..

 

adakalanya orang yg dekat dengan kita pun tak mengerti hati dan perasaan kita..apatah lagi org yg jauh dengan kita.. begitu pun dengan sahabat, teman, kawan atau apa2 lah..walaupundia sgt dekat dan akrab dengan kita, tak semestinya dia akan faham situasi atau keadaan semasa kita. 

 

Kadang kala juga.. orang yg selalu memuji kita itu lah yg satu hari nnt akan kutuk2 kita..

kadang kala juga orang yg kita benci akan membantu kita ketika kita dalam kesusahan..

 

hidup ini bagaikan roda.. terkadang diatas terkadang dibawah.. terima lah hakikat sekiranya sesuatu musibah yg menimpa disaat anda sedang menerima kemashuran..

 

 

hati & perasaan ini adalah bagaikan bunga segar.. jika dijaga ia akan segar jika dibiarkan akan layu..

 

begitu juga aku dan diriku....kdg2 aku gembira..kdg2 ak sedih.. tapi bila sesuatu yg terjadi akan kerap aku fikirkan..kenapa aku? kenapa sesuatu yg terjadi itu menimpa aku??kenapa bukan org lain..ada teman yg mengatakan aku seorg yang tabah dlm menghadapi dugaan.. tapi kebenaran nya, aku ialah lemah..aku lemah..ak tak boleh menerima kenyataan hidup ini.. aku sering menangis sendirian..aku meraung mengenangkan nasib anak2 ku itu.. apalah daya aku utk melawan takdir ALLAH..biarpun aku sedih hingga ke hari ni masih meratapi kenangan itu, namun tidak sekali2 aku tunjukkan pada suamiku kerana dialah insan yg menyayangiku, menceriakn ku, menasihatiku, dan sanggup berkorban utkku..biarpun aku ceria bila bertemu teman2 bercakap senyum dan ketawa.. tetapi sesungguhnya ak tak mahu mereka tahu dan rasa kesedihan aku..biarlah aku pendam dan simpan segala ksah duka aku..hanya aku..hanya aku yg tahu perit dan deritanya dugaan ini.. DAn hanya dengan menulis di blog2 atau di panel2 sahaja yg dapat aku luahkan isi hatiku....biarlah..biarlah aku yg sedih..aku tak mahu org2 yang menyayangiku dan org disekelilingku merasa kesedihan ku ini... 

 

No comments: